Penglibatan Dalam Politik Jainab Ahmad Ayid

Datuk Dr Hajah Jainab Ahmad Ayid mula menyertai UMNO pada tahun 1985 tetapi hanya bermula aktif pada tahun 1994. Selepas bergerak aktif dalam umno , Pada tahun 1995 Datuk Dr Hajah Jainab Ahmad Ayid dilantik sebagai Naib Ketua Wanita UMNO Gaya dan sebagai Ketua Wanita UMNO Gaya pada tahun 1998. Selepas persempadanan semula, Datuk Dr Hajah Jainab Ahmad Ayid dipilih menjadi Ketua Wanita UMNO Sepanggar pada tahun 2003.